Friday, August 22, 2014

#its my b'day #mh17 #malaysiaberkabung

22.8.2014

My 30th birthday. Officially masuk kategori 3 series. Who cares? *sambil dengar lagu Taylor Swift '22'*

Hari ni Malaysia berkabung sempena istiadat penerimaan & penghormatan bagi jenazah MH17. 2014 banyak memcatatkan sejarah hitam bagi Malaysia khususnya dalam bidang penerbangan. Walaupun tiada saudara mara yg terkorban dlm tragedi MH370 & MH17, namun hati amat tersentuh tatkala mendengar bacaan ayat2 suci Al-quran sempena hari berkabung hari ini.

Semoga kita selalu di bawah lindungan Allah.

Amin.

Wednesday, March 26, 2014

Between February - March 2014

Disebabkan kesibukan yg melampau, hanya mampu meng-update diary ni harini. Banyak yg berlaku sepanjang masa ni yg mana aku rasa rugi kalau aku x update di sini. Memori aku ni bukannya kuat sgt utk mengingat semua benda ni. Lambat laun mesti ku akan lupa punya. So better ku update hihi

18-2-2014 : ESCAPE

1st time nak usha apakah gerangan Escape ni. Cud dah beli tiket kat groupon, manyak murah ooo..Normal price: RM60. Groupon price: RM45. Murahkan? 

Escape ni dok kat Teluk Bahang. Kami p weekdays utk mengelak dr kena beratur utk main games. Nak main kat Escape ni memerlukan kekuatan fizikal (amat2 penting) & kekuatan mental. Keazaman yang teguh & jgn berputus asa. 1st sekali kami main kat Monkey Bar. Berlagak sekoq2 start kat level 2 teruih. Nah, amik kau! Pakat lenguh 1 badan. Memang agak extreme games kat sini (bagi aku yg jarang2 bersenam & melakukan xtvt lasak, mmg aku rate Escape ni sebagai extreme hihi). Tapi best sangat. Paling best time flying fox. Memang terbaik r. Yang paling best lagi adalah game ala2 bungee jumping tapi tali kat badan, bukan kat kaki. Ada 2 pilihan ketinggian. Kami lagi sekali berlagak naik yg paling tinggi. Masing2 penakut, last2 aku yg jadi org pertama. Hampeh kau Nabil! Yang paling lawak bila Cud terjun. Landing2 ja kaki terus lembik, terduduk kat tanah. Siap berlinang ayaq mata lagi hahaha

Lepas habis main kat Escape, kami p mansi kat Taman Rimba. Memang terbaik la lepas berpeluh2 sakan kat Escape tu, kami mandi dgn ayaq terjun. Best!!!!

Akhirnya, 2-3 hari lepas tu, masing2 sakit seluruh badan. Padan muka, sapa suruh x streching dulu before main hihi kena lak gaya sekoq2 xpenah main benda2 lasak ni, mmg azab la.

21-2-1014 : LAST DAY DI KULIM

Farewell. Cik Izah bagi buku Cerita Cinta Ahmad Ammar kat aku. Maafkan saya, saya x sempat nak baca lagi buku tu.

23-2-2014 : NEW FIRM

New story of my life. Hopefully.

8-3-2014 : #PrayForMH370

Praying for the best

24-3-2014 : #PrayForMH370 

MH370 ended at Hindi Ocean. Al-Fatihah.

Sunday, February 23, 2014

New Beginning

I did it!!! Finally. Selepas 3tahun6bulan di tempat kerja yg sama, akhirnya aku melangkah keluar juga. Aku ingatkan aku akan hidupmati ditempat yg sama ja sampai bila2 hahaha. Akhirnya dapat jugak kekuatan utk cuba environment baru.

Tempat baru di Sg.Petani. Hope ia akan membawa 1 dimensi baru dalam hidup aku. Selama 3 tahun lebih ni aku hanya mengadap benda yang sama ja (both work & life), at least perpindahan baru ni memberi colours sikit dlm hidup aku. Ada jugak perubahannya, ye tak? 

2014 & Sg. Petani, pls be good to me :)

Saturday, January 11, 2014

My UpsideDown's Life

Kehidupan....

Kekadang kita di atas, kekadang kita di bawah...

That's Life...

Ini lah kehidupan aku...

Dulu aku di atas, sekarang aku di bawah...

It's My Life...

Propa ja lebih hahaha sebenarnya dulu bilik aku di ofis di tingkat 2. Sekarang semua staf di tingkat 2 kena turun ke tingkat 1. Untuk save cost kata bos. Almaklum la, 2014 kan tarif elektrik akan dinaikkan. Oh My Malaysia! Walaupon aku rasa sebab sebenar bos suruh turun ke bawah bukan lah sebab nak save cost. Tapi lebih kepada untuk memantapkan tahap pemantauan bos kepada pekerjanya. Kesinambungan daripada itu, seorang staf dah tender notis untuk resign. Whatever!

Dulu di tingkat 2, aku ada bilik aku sendiri. Lebih privacy & sesuai la dgn position aku sebagai LA (agaknya la kot hihi). Sekarang di tingkat 1, aku duduk sekali dengan staf2 yang lain & obviously no bilik for me. Whatever! Aku macam nak protes bila bos suruh turun ke tingkat 1 sebab aku tau memang xdak bilik utk aku. Tapi aku xmau staf lain terasa kalau aku kata aku xsesuai duduk dikalangan staf2. Satgi depa kata "baru jadi LA dah berlagak macam bos" pulak. Last2 aku duduk jugak di bawah ni halfheartedly. Kalau orang awam/client mai ofis, mmg depa x akan percaya yg aku ni lawyer. Sama jugak macam bos2 aku yang dok dlm bilik, cuma aku ni makan gaji, bukannya partner.Whatever!

Bila pasal kerja, suruh aku buat kerja macam seorang lawyer. Act like a lawyer. But you never treat me as one! 




Thursday, January 2, 2014

3 Series

2014 = 30 tahun 

Ikut2kan xla best sgt menanti 2014 ni. Umo makin meningkat tapi aku still sama ja mcm dulu. Maksud aku dgn "sama" adalah:
  • maintain awet muda (ada sedikit "perahan santan" di situ hihi)
  • still single mingle
  • kerja di tempat yg sama
Bila umo 30 ni, soalan yg obvious orang akan tanya or teragak2 nak tanya adalah "bila nak kawen?". Memang obvious kan? Bila tgk disekeliling aku, ramai kawan2 yg dh beranak pinak plus semua adik beradik aku dh kawen kecuali aku & adik ku yg bongsu. So mmg obvious la sedara mara, sekalian sahabat tertanya2 status aku. Tapi bila tgk disekeliling aku lagi, ada ja kawan2 yang still xkawen walaupon umo dh mencecah 3 series ni. So, aku tidak keseorangan.

Bagi aku isu kawen ni adalah 1 isu yg besar. Bukan kawen sebab tekanan dari sekeliling. Bukan kawen sebab takut orang cop "tak laku". Bukan kawen sebab semua kawan2 dah kawen. Aku nak kawen bila aku rasa memang dah sampai seru untuk kawen. We know when the time comes. We will be able to feel it. Masalah aku sekarang ni adalah aku xdak minat + perasaan untuk mencari, berkawan, bercinta & berkahwin pun buat masa sekarang. I enjoy every single moment of my life & i dont need someone to ruin it.

Buat masa ni masih tiada tanda2 utk aku berkahwin dlm tahun 2014 ni, so we'll see in 2015 :)


InsyaAllah akan tiba masanya



Tuesday, December 10, 2013

Alkisah Rakan Sekerja

Kronologi pada 9-12-2013

Situasi : Aku bercuti sebab mamat kecik sertai program khatan beramai-ramai di kampung. Semua ahli keluarga balik ke kampung pada hari tu termasuk famili aku. So aku ambil keputusan untuk ponteng kerja hehe amik EL. Walaupon sebab musabab aku bercuti agak x strong, tp aku peduli apa..Yang aku bengang adalah sikap salah seorang rakan sekerja aku ni (clerk). Alkisah pada hari itu....

8.15 pagi : Salah seorang rakan sekerja (pompuan) sms aku & gitau dia mc sebab sakit perut.
8.16 pagi : Aku reply - Ok
8.17 pagi : Aku sms seorang lagi rakan sekerja (lelaki) gitau dia: aku & seorang lagi cuti & minta dia tolong                  cover (i.e datang ofis disebabkan department kami hanyalah kami bertiga)
8.19 pagi : Dia reply & gitau dia pon EL sebab ada kerja luar
8.44 pagi : Dia whatsapp aku dgn 1 image yg tertulis " Love your job but dont love the company you work 
                 for because you may not know when your company stops loving you"
8.45 pagi : Dia sms aku lagi "biar padan muka mdm byr gaji ciput sgt"

Persoalan : Apa motif whatsapp & sms dia yg terakhir?????????? Plus aku & dia bukannya rapat sgt kalau dia nak hantar sms & whatsapp "lawak"camtu.

Benganggggggg!!!!










Tuesday, November 19, 2013

Sehari Bersama Pengangkutan Awam

Chewahhh......Tajuk post xleh blah. Sehari la sangat kan hihi Ini kisah aku yang pertama kali naik bas dari Alor Setar ke Kulim.

Alkisah weekend lepas, famili pi Bertam sebab ada kenduri. Alang-alang tu aku minta tolong abah mai rumah sewa aku kat Kulim untuk repair lampu bilik. Pastu kami plan nak balik kampung kat Sg. Bakap. Membazir pulak nak bawak 2 bijik kereta. Lagipun aku ada kes di Alor Setar Isnin ni. So, kami balik kampung dengan 1 kereta saja dgn meninggalkan kereta aku di Kulim.

The D-day i.e today, Cud tolong hantaq aku ke Mahkamah & menjadi PA tak rasmi aku sat kat Mahkamah. Kebetulan lelong pon xlaku so aku pon bolehla balik awai. Cud hantaq aku kat Shahab Perdana & bus hunting pon bermula hahaha Mula2 kami p kaunter Transnational (bahagian local), pakcik tu kata xdak, nak pi Kulim kena naik Mara Liner. So kami pon pi kaunter Mara Liner lak. Kebetulan bas pukul 1015 baru ja gerak. Next trip pukul 115ptg lak. Disebabkan gap yang begitu banyak aku decide utk naik bas ke Butterworth dulu then baru cari bas ke Kulim pulak.

So aku  naik bas Konsortium. Ekspress dari Alor Setar ke Butterworth. Tambang RM10.80 ja. Bas gerak pukul 11, dalam pukul 1215 sampai kat Penang Sentral (stesen bas Butterworth). Turun ja dari bas, aku p cari kaunter pertanyaan. Kakak tu kata pi beli tiket kat kaunter No.28 untuk ke Kulim. Akhirnya aku berjaya beli tiket ke Kulim dengan harga RM3.30 menggunakan Lean Hock Bus Company hahaha

Ni la lebih kurang rupa bas yang aku naik. Beli tiket kaunter No.28, tunggu kat platform 6

Ok bas ni. Aircond & tak berhenti2. Lalu BKE, lepas keluar dari Lunas, baru dia stop2 sbb ada org nak turun. So secara purata dari jam 11 pagi di Alor Setar, jam 2 aku sampai Kulim. Not bad kan? Lepas ni balik Alor Setar dengan bas ja la. Save mileage kereta hihihi